SIFAT BUNYI
Bunyi merupakan satu bentuk tenaga yang dihasilkan oleh getaran. Misalnya, suara anda terhasil apabila pita suara dalam pita suara anda bergetar.
Bunyi dapat bergerak melalui pepejal, cecair dan gas, tetapi tidak melalui vakum. Bunyi memerlukan medium untuk dipindahkan. Bagi memahami hal ini, bayangkan tali gitar sedang bergetar. Zarah-zarah udara yang bersentuh dengan tali itu akan turut bergetar. Getaran tersebut akan dipindahkan dari satu zarah ke zarah yang lainyang bersebelahan dan bersentuhan dengan zarah-zarah tersebutdalan bentuk gelombang ke semua arah. Dengan cara ini, bunyi dipindahkan dari tali gitar ke telinga kita.
Bunyi dipindahkan paling pantas melalui pepejal kerana zarah-zarah pepejal yang tersusun rapat memudahkan pemindahan getaran bunyi.