2013년 9월 16일 월요일

PROSES PENYERAPAN MAKANAN TERCERNA


  • Proses penyerapan makanan dalam tubuh kita berakhir dengan penyerapan makanan tercerna yang berlaku di usus kecil.
  • Makanan tercerna terdiri daripada molekul-molekul kecil mudah diserap ke dalam sistem peredaran darah melalui dinding usus kecil. 
  • Usus kecil merupakan bahagian yang paling panjang dalam salur pencernaan dan mempunyai permukaan dinding dalam yang diliputi oleh berjuta-juta unjuran halus yang dinamakan vilus.
  • Vilus mempunyai permukaan yang berlipat-lipat untuk menambahkan keluasan permukaan.
  • Dinding vilus sangat nipis, iaitu setebal satu sel sahaja.
  • Kedua-dua sifat ini membolehkan penyerapan hasil pencernaan berlaku dengan cekap.
  • Makanan tercerna diserap ke dalam aliran darah melalui proses resapan.
  • Darah mengangkut nutrien ini ke hati, kemudian ke jantung untuk dihantar ke seluruh bahagian badan.

PROSES PENCERNAAN DAN SALUR PENCERNAAN


Mulut
*      Gigi mengunyah makanan menjadi cebisan kecil.
*      Kelenjar liur merembeskan enzim amilase.
*      Mukus melicinkan makanan
*      Amilase mencernakan kanji menjadi maltose ( gula )
Esofagus
       *            Menggerakkan makanan ke dalam mulut.
       *            Tindakan peristalsis melalui pengecutan dan pengenduran otot pada dinding esofagus.

Perut
*      Dinding perut menghasilkan asid hidroklorik untuk membunuh bacteria dalam makanan dan mengaktifkan enzim protease.
*      Makanan menjadi separa cecair dikenali sebagai kim.
*      Asid hidroklorik menghentikan tindakan enzim amylase
*      Protease mencernakan protein menjadi polipeptida.

Duodenum
*      Hempedu mengemulsikan lemak menjadi titisan dan meneuteralkan asid kim.
*      Pankreas menghasilkan jus pankreas yang mengandungi enzim amilase, protease dan lipase.
*      Amilase mencernakan kanji menjadi maltose.
*      Protease mencernakan polipeptida menjadi peptida.
*      Lipase mencernakan lemak menjadi asid lemak dan gliserol.
Usus kecil
       *            Usus kecil merembeskan jus usus yang mengandungi enzim maltase, protease dan lipase.
       *            Maltase mencernakan maltosa menjadi glukosa
       *            Protease mencernakan peptide menjadi asid amino
       *            Lipase mencernakan lemak menjadi asid lemak dan gliserol.