2013년 8월 29일 목요일

AIR

  • Air wujud sebagai cecair dalam darah dan bendalir dalam badan.
  • Air menyediakan medium untuk membolehkan tindak balas kimia berlaku dalam sel badan.
  • Air juga berfungsi untuk mengekalkan suhu badan, sebagai meduim yang mengangkut nutrien dan oksigen ke dalam sel, serta mengumuhkan bahan buangan seperti urea dan garam.

PELAWAS

  • Pelawas atau serat merupakan bahan gentian yang tidak dapat dicernakan oleh badan.
  • Pelawas biasanya merupakan selulosa yang terdapat di dalam dinding sel tumbuhan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin.
  • Pelawas melicinkan pergerakan bagi mengelakkan sembelit.

VITAMIN

1. Vitamin dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu larut air - vitamin B dan C 
2. Larut lemak - vitamin A,D,E dan K.
3. Vitamin diperlukan oleh badan dalam kuantti yang kecil utuk mengekalkan kesihatan dan pertumbuhan badan.




VITAMIN
SUMBER
FUNGSI
KESAN KEKURANGAN
A
Lobak merah, susu, hati telur, minyak ikan kod.
1. Membantu penglihatan waktu malam yang baik.
2. Memelihara kesihatan kulit.
1. Rabun malam
2. Kulit kering dan bersisik.
B
Telur, susu, minyak ikan kod, daging, bijirin.
1. Membantu membebaskan tenaga daripada karbohidrat.
2. Membantu dalam proses pertumbuhan.
3. Memelihara system saraf.
4. Pembentukan sel darah merah.
1. Beri-beri
2.Anemia
C
Buah-buahan, sayur- sayuran.
1. Membina daya ketahanan terhadap jangkitan penyakit.
2. Memelihara kesihatan gigi, gusi dan kulit.
3. Menyembuhkan luka.
1. skurvi
D
Boleh dihasilkan melalui pendedahan kulit kepada cahaya matahari, ikan, susu, telur.
1. Memelihara kesihatan kulit.
2. Membantu penyerapan kalsium dan fosforus untuk menguatkan gigi dan tulang.
1. Riket
E
Minyak sayuran, kekacang, bijirin
1. Membantu pembentukan membran sel.
2. Memelihara fungsi sistem pembiakan jangkitan penyakit.
1. Menjejaskan kesuburan
K
Telur, sayuran hijau
1. Diperlukan untuk pembekuan darah
2. Menyembuhkan luka.
1. Darah lambat membeku.

MINERAL

MINERAL :Kalium
SUMBER : Pisang, kekacang, daging
FUNGSI : >< mengekalkan keseimbangan bendalir badan
                  >< memelihara fungsi sistem saraf
                  >< mengawal atur denyutan jantung
KESAN KEKURANGAN :  * lumpuh
                                              * kekejangan otot.

MINERAL

MINERAL                           :  Fosforus
SUMBER                            : Keju, telur, sayuran hijau
FUNGSI                             : >< Membentuk tulang dan gigi yang kuat
                                             ><  Membantu pengecutan otot
                                            >< Menyimpan tenaga
KESAN KEKURANGAN : Riket

MINERAL

MINERAL                         : Iodin
SUMBER                           : Makanan laut seperti kerang, rumpai laut.
FUNGSI                            : >< Menghasilkan hormon dalam kelenjar tiroid.
KESAN KEKURANGAN : Goiter ( beguk )

MINERAL

MINERAL                         :Besi
SUMBER                           : Sayuran hijau, telur, daging
FUNGSI                            : >< Membentuk hemoglobin dalam sel darah merah
KESAN KEKURANGAN :  Anemia

MINERAL

MINERAL                          : Natrium
SUMBER                           : Garam biasa, daging, keju
FUNGSI                            : >< Mengekalkan keseimbangan bendalir badan
                                             >< Memelihara fungsi sistem saraf
KESAN KEKURANGAN : * Kekejangan otot.