2013년 8월 30일 금요일

SISTEM PENCERNAAN MANUSIA

Pencernaan ialah proses penguraian molekul makanan yang kompleks yang lebih ringkas yang boleh larut dan sedia diserap oleh badan.
 Proses pencernaan melibatkan proses pencernaan fizikal dan pencernaan kimia.
Pencernaan fizikal melibatkan pemecahan makanan kepada cebisan kecil oleh gigi. 
Pencernaan kimia melibatkan penguraian makanan oleh enzim.
Sistem pencernaan manusia terdiri daripada salur pencernaan dan organ seperti hati dan pankreas.
Salur pencernaan ialah tiub panjang yang bermula dari mulut dan berakhir di dubur.

NILAI KALORI MAKANAN

1. Karbohidrat, protein dan lemak merupakan sumber tenaga utama.
2. Jumlah tenaga yang dibebaskan apabila satu gram makanan dibakar dengan lengkap di dalam   badan dikenali sebagai  nilai kalori atau nilai tenaga.

1 kalori ( cal )  = 4.2 joule ( J )
1 kilokalori ( kcal ) = 4.2 kilokalori ( kJ ) 

KEPENTINGAN GIZI SEIMBANG

Gizi seimbang ialah hidangan makanan yang mengandungi tujuh kelas makanan dan diambil mengikut kuantiti yang betul bagi memenuhi keperluan badan.

Gizi seimbang adalah berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.

Keperluan tenaga dan nutrien seseorang bergantung pada beberapa faktor.



UMUR
·         Kanak – kanak dan remaja yang membesar memerlukan lebih protein dan tenaga untuk tumbesaran.
JANTINA
·    Kanak kanak lelaki dan perempuan mempunyai keperluan tenaga yang sama pada peringat awal tumbesaran. Semakin meningkat remaja dan dewasa, lelaki memerlukan lebih tenaga kerana mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi.
SAIZ BADAN
·         Individu yang berbadan besar memerlukan lebih tenaga kerana mempunyai lebih banyak sel badan.
AKTIVITI FIZIKAL DAN JENIS PEKERJAAN
·         Individu yang aktif dan melakukan kerja berat memerlukan lebih tenaga.
·         Individu yang kurang aktif dan melakukan kerja ringan memerlukan kurang tenaga.
  


Dua faktor lain yang mempengaruhi gizi seimbang ialah iklim dan keadaan kesihatan seseorang.

Hidangan makanan yang mengandungi sesetengah nutrien dengan terlalu banyak atau kurang merupakan gizi yang tidak seimbang.

Gizi yang tidak seimbang berterusan akan menimbulkan manultrisi.

Antara penyakit yang berkaitan dengan manultrisi ialah obesiti, skurvi, riket, marasmus dan kwasyiorkor.