2013년 9월 16일 월요일

PROSES PENYERAPAN MAKANAN TERCERNA


  • Proses penyerapan makanan dalam tubuh kita berakhir dengan penyerapan makanan tercerna yang berlaku di usus kecil.
  • Makanan tercerna terdiri daripada molekul-molekul kecil mudah diserap ke dalam sistem peredaran darah melalui dinding usus kecil. 
  • Usus kecil merupakan bahagian yang paling panjang dalam salur pencernaan dan mempunyai permukaan dinding dalam yang diliputi oleh berjuta-juta unjuran halus yang dinamakan vilus.
  • Vilus mempunyai permukaan yang berlipat-lipat untuk menambahkan keluasan permukaan.
  • Dinding vilus sangat nipis, iaitu setebal satu sel sahaja.
  • Kedua-dua sifat ini membolehkan penyerapan hasil pencernaan berlaku dengan cekap.
  • Makanan tercerna diserap ke dalam aliran darah melalui proses resapan.
  • Darah mengangkut nutrien ini ke hati, kemudian ke jantung untuk dihantar ke seluruh bahagian badan.

    댓글 없음: