Tumbuhan juga mengesan rangsangandan bergerak balasterhadap rangsangan. Walau bagaimanapun, gerak balas tumbuhan kurang ketara dan biasanya berlaku dengan perlahan. Secara umumnya, tumbuhan menunjukkan dua jenis gerak balas iaitu Tropisme dan Gerakan nasti.
GEOTROPISME
* Geotropisme ialah gerak balas tumbuhan terhadap graviti. Akar tumbuhan sentiasa tumbuh ke bawah mengikut arah graviti. Akar dikatakan menunjukkan geotropisme positif. Gerak balas ini membolehkan akar tumbuh jauh ke dalam tanah untuk mencengkam dan menstabilkan kedudukan tumbuhan pada tanah. Pucuk tumbuhan sentiasa tumbuh ke atas dan menentang arah graviti. Jadi, pucuk tumbuhan dikatakan menunjukkan geotropisme negatif. Gerak balas ini membolehkan tumbuhan tumbuh tegak ke atas untuk mendapatkan cahaya matahari bagi proses fotosintesis.
HIDROTROPISME
* Hidrotropisme ialah gerak balas tumbuhan dalam air. Akar tumbuhan menunjukkan hidtropisme positif dengan tubuh ke arah sumber air. Gerak balas ini amat penting bagi membolehkan tumbuhan mendapat air dan juga garam mineral terlarut yang mencukupi untuk terus hidup. Kadang kala akar menunjukkan hidrotropisme positif yang kuat sehinnga mengatasi geotropisme positif.
FOTOTROPISME
* Fototropisme ialah gerak balas tumbuhan terhadap cahaya. Pucuk tumbuhan menunjukkan fototropisme posotif, iaitu pucuk tumbuh ke arah cahaya matahari. Gerak balas ini amat penting bagi tumbuhan untuk mendapatkan cahaya matahariyang secukupnya untuk fotosintesis.
댓글 없음:
댓글 쓰기