2013년 7월 26일 금요일

Dunia Melalui Deria Kita

BAB 1 DUNIA MELALUI DERIA KITA

          Deria membolehkan kita mengetahui apa yang berlakudi sekeliling kita. Kita mengumpulkan pelbagai maklumat melalui deria kita. Dengan adanya deria, kita bukan sahaja dapat menjalani kehidupan, malah dapat menikmati kehidupan.

ORGAN DERIA KITA

Setiap saat kita berdepan dengan alam sekitar yang sentiasa berubah. Perubahan alam sekitar ini dipanggil rangsangan. Kita menggunakanorgan deria untuk mengesan rangsangan. Keupayaan kita untuk mengesan rangsangan dipanggil deria.

DERIA BAU: Hidung mengesan bau ( bahan kimia dalam udara)








DERIA PENGLIHATAN: Mata mengesan cahaya






DERIA SENTUHAN: Kulit mengesan sentuhan tekanan, kesakitan, haba dan kesejukan.





DERIA PENDENGARAN: Telinga mengesan bunyi





DERIA RASA: Lidah mengesan rasa ( bahan kimia dalam makanan)







       Gerak balas amat penting bagi kemandirian kita. Misalnya, kita akan menarik tangan apabila tersentuh benda yang panas. Tahukah anda organ deria mempunyai sturktur khas yang dipanggil reseptor? Reseptor akan mengesan rangsangan dan menghantarkan maklumat dalam bentuk impuls saraf ke otak. Otak akan mentafsirkan impuls saraf itu dan menhantar impuls saraf ke efektor untuk bergerak balas. Efektor merupakan bahagian badan yang menjalankan gerak balas. Dua contoh efektor ialah otot dan kelejar.
 

댓글 없음: