2013년 7월 26일 금요일

DERIA BAU

DERIA BAU

      Ramai yang menganggap deria bau tidak penting kepada manusia. Selera makan kita akan terbuka apabila menghidu bau makanan yang sedap. Situasi kecemasan seperti kebakaran hanya disedarisetelah mangsa terhidu bau asap. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa deria bau sememengnya penting untuk kita.

  Bau merupakan zarah-zarah bahan kimia yang terapung di udara. Apabila udara disedut, bahan kimia ini aka turut memasuki hidung kita. Hidung merupakan organ deria bagi bau. Hidung manusia mempunyai dua lubang yang bersambung dengan satu rongga luas yang dipanggil rongga hidung. Di bahagian atas rongga hidung terdapat kira-kira 10 juta reseptor bau yang amat halus dan diselaputi lapisan mukus. Bahan-bahan kimia dalam udara akan melarut dalam lapisan mukus untuk dikesan oleh reseptor bau.

댓글 없음: