2013년 7월 27일 토요일

DERIA PENDENGARAN

DERIA PENDENGARAN





1. CUPING TELINGA
* Sturktur berbentuk corong yang terdiri daripada kulit dan rawan.
*Fungsi : Mengumpul dan menyalurkan bunyi ke salur telinga.

2. SALUR TELINGA
* Merupakan salur panjang yang dilapisi bulu dan lilin.
*Fungsi : Menyalurkan bunyi ke gegendang telinga

3. GEGENDANG TELINGA
* Sekeping membran nipis yang tegang
*Fungsi : Bergetar apabila terkena gelombang bunyi

4. OSIKEL
* Merupakan tiga tulang yang kecil
*Fungsi : Memperkuat getaran kira-kira 20 kali ganda

5. JENDELA BUJUR
* Membran nipis di belakang tulang terakhir pada osikel
* Fungsi : Memindahkan getaran osikel ke koklea

6. SALUR SEPERUH BULAT
* Tiga salur separuh bulat yang bersudut tegak antaa satu dengan yang lain
* Fungsi : Mengesan kedudukan kepala bagi membantu mengawal keseimbangan badan

7. KOKLEA
* Salur berlingkar yang dipenuhi cecair dan mengandungi reseptor yang peka terhadap getaran
* Fungsi : Mengesan getaran lalu menghasilkan impuls saraf

8. SARAF AUDITORI
*Sekumpulan gentian saraf daripada koklea ke otak
*Fungsi : Membawa impuls saraf ke otak untuk ditafsirkan

9. TIUB EUSTACHIO
*Tiub yang menghubungkan telinga tengah ke kerongkong
*Fungsi : Menyeimbangkan tekana udara di kedua-dua belah gegendang telinga supaya gegendang telinga tidak pecah akibat ketidakseimbangan tekanan







Gelombang bunyi dikumpul oleh cuping telinga dan disalurkan memasuki salur telinga. Apabila bunyi mengena gegendang telinga, gegendang itu akan bergetar. Getaran ini kemudiannya dipindahkan ke osikel dan diperkuat sebelum dipindahkan ke jendela bujur. Getaran jendela bujur pula akan menyebabkan cecair di dalam koklea bergerak seperti gelombang, lalu merangsangkan reseptor di dalam koklea untuk menghasilkan impuls saraf. Saraf auditori akan membawa impuls saraf yang terhasil itu ke otak untuk ditafsirkan. Tafsiran impuls saraf oleh otak membolehkan telinga mendengar bunyi tersebut.

   

댓글 없음: