2013년 7월 26일 금요일

DERIA RASA

DERIA RASA

   Kita boleh merasa makanan kerana lidah mempunyai kira-kira 10 000 tunas rasa. Apakah tunas rasa? Cuba perhatikan kidah anda di cermin. Terdapat bintil-bintil kecil yang dipanggil papila pada permukaan lidah. Permukaan setiap bintil-bintil dilapisi oleh beratus-ratus tunas rasa. Setiap tunas rasa pula mempunyai 50 hingga 100 reseptor rasa. Reseptor rasa inilah yang berfungsi untuk mengesan rasa.










Semasa kita mengunyah makanan, sebahagian bahan kimia dalam makanan akan terlarut di dalam air liur. bahan kimia terlarut ini akan memasuki liang pada tunas rasa dan merangsangkan reseptor-reseptor rasa pada tunas rasa untuk menghasilkan impuls saraf. Impuls saraf ini akan dihantar ke otak lalu ditafsirkan sebagai rasa.

댓글 없음: