2013년 7월 27일 토요일

DERIA PENGLIHATAN

DERIA PENGLIHATAN

   


1. OTOT SILIUM
* Otot yang mengubah ketebalan kanta mata

2. LIGAMEN PENGGANTUNG
* Gentian kuat yang memegang kanta mata

3. KORNEA
* Lapisan lut sinar yang membias dan memfokuskan cahaya

4. IRIS
* Bahagian berwarna pada mata yang mengawal saiz anak mata

5. ANAK MATA 
* Bukaan di tengah-tangah iris yang mngawal kuantiti cahaya yang sampai ke retina

6. GELAMAIR
* Cecair lut sinar yang mengekalkan bentuk mata dan membantu dalam pemfokusan cahaya.

7. KONJUKTIVA
*  Membran mukus yang melindungi kornea

8. GELAMACA
* Bahan lut sinar seperti jeli yang menetapkan bentuk bola mata dan membantu memfokuskan cahaya ke retina 

9. BINTIK BUTA
* Titik keluar bagi semua gentian saraf mata. Titik ini tiada fotoreseptor.

10. SARAF OPTIK
* Gentian saraf yang membawa impuls saraf dari retina ke otak

11. BINTIK KUNING 
* Bintik yang paling peka terhadap cahaya kerana terdapat banyak fotoreseptor.

12. RETINA
* Mempunyai fotoreseptor yang mengesan cahaya  dan menghasilkan impuls saraf

13. KOROID
* Lapisan hitam yang mencegah pantulan cahaya dalam bola mata

14. SKLERA
* Lapisan teguh yang melindungi dan menetapkan bentuk bola mata

15. KANTA MATA
* Cakera lut sinar kenyal yang memfokuskan cahaya ke retina

댓글 없음: