CAHAYA DAN PENGLIHATAN
PANTULAN CAHAYA
* Tahukah anda bahawa kita berupaya melihat objek-objek di sekeliling kita kerana pantulan cahaya? Kebanyakan objek tidak memancarkan cahaya tetapi kita boleh melihat objek-objek ini kerana cahaya yang jatuh di atas objek-objek tersebut dipantulkan ke dalam mata kita.
PEMBIASAN CAHAYA
* Apabila cahaya bergerak dari satu medium ke medium yang lain, kelajuan cahaya akan berubah. Hal ini menyebabkan cahaya membengkok atau dibiaskan. Pembengkokkan cahaya yang berlaku bergantung pada perbezaan ketumpatan medium.
Bagaimanakah kecacatan penglihatan dibetulkan?
1. Rabun Jauh
* Objek jauh kelihatan kabur, manakala objek dekat kelihatan jelas.
2. Rabun Dekat
* Objek dekat kelihatan kabur, manakala objek jauh kelihatan jelas.
3. Rabun Tua
* Objek dekat kelihatan kabur apabila usia tua kanta mata yang kurang kenyal.
4. Rabun Warna
* Tidak dapat membezakan warna-warna tertentu seperti hijau dan merah.
5. Astigmatisme
* Penglihatan objek jauh mahupun dekat kelihatan kabur dan terherot.
댓글 없음:
댓글 쓰기