Punca dan cara membetulakn rabun jauh
PUNCA
* Rabun jauh disebabkan oleh kanta mata yang terlalu tebal, atau bola mata yang teralu panjang atau kedua-duanya sekali. Objek jauh kelihatan kabur kerana imej bagi objek jauh difokuskan di hadapan retina.
CARA MEMBETULKANNYA
* Kanta cekung membetulkan rabun jauh dengan mencapahkan cahaya sebelum memasuki mata agar imej difokuskan tepat pada retina.
Punca dan cara membetulkan rabun dekat
PUNCA
* Rabun dekat disebabkan oleh kanta mata yang terlalu nipis, atau bola mata yang terlalu pendek atau kedua-duanya sekali. Objek dekat kelihatan kabur kerana imej bagi objek dekat difokuskan di belakang retina.
CARA MEMBETULKANNYA
* Kanta cembung membetulkan rabun dekat dengan menumpukan cahaya sebelum memasuki mata agar imej difokuskan tepat pada retina.
ASTIGMATISME
* Kecacatan penglihatan ini berpunca daripada lengkungan kornea atau kanta mata yang tidak sekata. Cahaya tidak dapat difokuskan pada satu titik tetapi difokuskan pada beberapa titik menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan terherot. Mata juga cepat menjadi letih dan individu ini akan selalu mengalami sakit kepala apabila melihat sesuatu objek untuk jangka masa yang panjang.
ILUSI OPTIK
* Kadang kala apa yang kita lihat tidak menggambarkan keadaan sebenar. Fenomena ini dipanggil ilusi optik. Apa yang kita lihat bukan sahaja bergantung pada imej yang terbentuk pada retina tetapi bergantung pada tafsiran otak kita.
BINTIK BUTA
* Imbas kembali bahawa bintik buta merupakan titik keluar gentian saraf daripada bola mata. Bintik ini tiada sebarang fotoreseptor. Apabila imej ini jatuh pada bintik ini, tiada impuls saraf yang akan dihantar ke otak. Jadi, mata kita tidak dapat melihat objek berkenaan. Kita tidak sedar akan kehadiran bintik buta dalam mata kita kerana imej bagi objek yang sama tidak mungkin jatuh pada kedua-dua bintik buta mata kita secara serentak.
댓글 없음:
댓글 쓰기