2013년 7월 26일 금요일

DERIA SENTUHAN

DERIA SENTUHAN

Deria  sentuhan amat penting untuk kita. Misalnya, rasa sakit pada lengan dapat menyedarkan kita bahawa terdapat luka pada lengan. Apakah yang akan terjadi sekiranya luka tersebut tidak disedari kerana tiada rasa sakit? Kulit ialah organ deria bagi sentuhan. 







    Perhatika rajah di atas, kulit terdiri daripada lapisan nipis di bahagian luar yang dipanggil epidermis dan lapisan dalam yang dipanggil dermis. Kulit mempunyai lima jenis reseptor utama. Setiap reseptor mempunyai fungsi dan kedudukan yang berbeza.

  Sebagai contoh, kebanyakan reseptor sakit meliputi kawasan yang luas pada permukaan eperdemis yang cekap mengesan sebarang kesakitan. Reseptor sentuhan peka terhadap sentuhan yang ringan membolehkan kita merasa tekstur sesuatu permukaan. Reseptor haba dan reseptor sejuk membolehkan kita membezakan benda sejuk dan panas. Reseptor tekanan berada jauh di dalam dermis yang hanya dirangsangkan apabila kulit ditekan dengan kuat, misalnya semasa memegang objek yang berat.

  Apabila reseptor pada kulit mengesan rangsangan, impuls saraf akan dihasilkan dan dihantar ke otak. Pentafsiran impuls saraf oleh otak membolehkan kulit kita mengenal pasti rangsangan tersebut.


 Kepekaan kulit bergantung pada taburan reseptor dan ketebalan epidermis kulit. Misalnya,hujung jari dan bibir lebih peka terhadap rangsangan kerana mempunyai bilangan reseptor yang banyak dan epidermis yang nipis. Bahagian badan seperti siku dan belakang badan pula kurang peka terhadap rangsangan.



  • Orang buta bergantung pada kepekaan hujung jari untuk membaca tulisan Braille pada butang lif.
  • Suntikan biasanya dilakukan pada lengan atau punggung kerana bahagian ini kurang peka terhadap kesakitan.
  • Doktor perubatan tradisional Cina menggunakan kepekaan hujung jari untuk mengenal pasti denyutan nadi bai mengenal pasti penyakit.
  • Para ibu menitiskan susu pada pergelangan tangan untuk menguji suhu susu bayi mereka kerana pergelangan tangan peka pada suhu.

댓글 없음: